Pertandingan Membaca Al Qur'an Separuh Akhir Kebangsaan

 

Tema pertandingan pada tahun ini "Maju Bangsa Sejahtera Negara Berlandaskan Ajaran Islam". Majlis ini dikendalikan bersama oleh Bahagian Kemajuan Syi'ar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama Dan Jawatankuasa Ta'mir Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah Kampong Kiarong.

 

Seramai 20 orang peserta qari dan qariah bertandingan pada peringkat ini dan seramai enam orang qari dan qariah terpilih ke pertandingan membaca Al Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi.

 

Bagi kategori qari, pemenang ialah Awang Haji Mohd Daud bin Haji Abd Kadir, Mejar Haji Abdul Rahman bin Haji Mohd Salleh dan Awang Haji Manan bin Haji Osman. Manakala itu pemenang bahagian qariah ialah Dayang Hajah Aminah bte Haji Abdul Manaf, Dayang Hajah Siti Wardah bte Haji ABd Rahman dan Dayang Hajah Nur bte Haji Ladi.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Tokoh Bakti Hijrah 1422, Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin bin Pengiran Osman yang berkesudian menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta pertandingan. Turut hadir menyaksikan pertandingan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Yusof bin Pengiran Kula.

 

 

 

     

 

   

 

|| Kembali ||

 

|| Pengenalan || Dewan Sembahyang || Blok Pentadbiran ||

|| Struktur Pentadbiran || Peraturan || Rancangan Takmir ||

|| Album ||Maklumat Terkini ||  Masjid-masjid || Halaman Utama || Buku Pelawat ||

© copyright reserved Jame'Asr 2001