MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN

BAGI MURID-MURID KELAS AL-QUR'AN

JAME' 'ASR HASANIL BOLKIAH

KALI KE DUA SEMPENA SAMBUTAN AWAL TAHUN 1422 HIJRAH

Majlis ini adalah bagi murid-murid yang mengikuti skim "Kelas al Qur’an" secara murattal bagi kanak-kanak berumur 10 – 12 tahun yang mula diperkenalkan di Jame’ ini pada awal tahun 1999. Ini merupakan kali kedua majlis seumpamanya dianjurkan oleh Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah yang melibatkan 66 orang murid yang terdiri dari 23 orang murid lelaki dan 43 orang murid perempuan. Pada majlis ini, Yang Mulia Awang Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian Dan Sumber-Sumber Utama dan juga Datin telah berkesudian menyampaikan Sijil Khatam dan juga Sijil Akuan mengikuti Kelas al Qur’an kepada peserta-peserta.

Bagi mencapai maksud untuk memberikan pelajaran ugama yang berterusan khususnya dalam bidang pelajaran al Qur’an maka murid-murid yang mengkhatamkan al Qur’an pada hari ini adalah digalakkan untuk mengikuti Kelas Lanjutan al Qur’an yang dianjurkan oleh Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah yang menekankan bacaan al Qur’an secara berlagu dan hafalan khas iaitu Juzu’ Amma, Surah al Mulk, Surah Yasin, Surah al Sajadah dan lain-lain.

Kelas al Qur’an ini diadakan pada setiap Hari Jumat dan Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi

 

 

 

Kembali

 

|| Pengenalan || Dewan Sembahyang || Blok Pentadbiran ||

|| Struktur Pentadbiran || Peraturan || Rancangan Takmir ||

|| Album ||Maklumat Terkini ||  Masjid-masjid || Halaman Utama || Buku Pelawat ||

© copyright reserved Jame'Asr 2001