Pengenalan

Dewan Sembahyang

Blok Pentadbiran

Struktur Pentadbiran

Peraturan

Rancangan Takmir

Album

Maklumat Terkini

Masjid-Masjid

Halaman Utama

Buku Pelawat

 

 

 

WALKATON KESIHATAN DAN KECERGASAN

 

Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah akan menganjurkan Walkaton Kesihatan dan Kecergasan pada Hari Ahad 8hb Safar 1423H bersamaan 21hb April 2002M bermula Jam 7.15 Pagi.

 

Orang ramai khususnya penduduk-penduduk kampong berdekatan,  lelaki dan wanita  adalah dipelawa untuk menyertai Walkaton ini. Bagi mereka yang berminat adalah dipersilakan datang dan berkumpul di perkarangan Jame' 'Asr pada jam 7.00 Pagi pada tarikh tersebut.

 

Untuk makluman, bagi peserta lelaki mereka akan berjalan sejauh 5km melintasi Lebuh Raya Sungai Kedayan, Jalan Sekolah Menengah SMJA, Jalan Tasek Lama terus ke Jalan Sekolah Menengah SOAS dan balik semula ke lebuh Raya Sungai Kedayan dan terus ke Jame' 'Asr.

 

Manakala peserta perempuan pula akan berjalan sejauh 2.5 km melalui Lebuh Raya Sultan Hassanal Bolkiah, Jalan Hospital RIPAS  dan dan Jalan Kg Kiulap seterusnya balik semula ke Jame' 'Asr.

 

Atas penyertaan para peserta, pihak penganjur tidak lupa mengucapkan terima kasih dan semoga kita semua mendapat manfa'at daripadanya.

 

PERINGATAN

 

PARA PESERTA HENDAKLAH MEMAKAI PAKAIAN YANG BERSESUAIAN SERTA MENUTUP AURAT

 

 


 

|| Pengenalan || Dewan Sembahyang || Blok Pentadbiran ||

|| Struktur Pentadbiran || Peraturan || Rancangan Takmir ||

|| Album ||Maklumat Terkini ||  Masjid-masjid || Halaman Utama || Buku Pelawat ||

© copyright reserved Jame'Asr 2001