Make your own free website on Tripod.com

PERADUAN MELUKIS DAN MEWARNA LUKISAN adalah bagi memeriahkan suasana Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunai Darussalam Yang Ke 55 Tahun di samping dapat memupuk semangat kanak-kanak dan remaja supaya berjinak-jinak dengan masjid serta dapat  menggerak minda dan mengembangkan kreativiti mereka.

 

Ianya terbahagi kepada beberapa katagori bagi

kanak-kanak dan remaja lelaki dan perempuan yang berumur 3 hingga 16 tahun.

 

 

 

 

 

BAGI MENCUNGKIL BAKAT DAN KEBOLEHAN KANAK-KANAK REMAJA

 

 

 

 

bermula  

jam 8.00 Pagi bertempat dikawasan Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah

 

 

Sehubungan dengan perkara yang tersebut di atas, kepada sesiapa jua yang berhajat untuk menyertai peraduan ini bolehlah mendapatkan borang penyertaan yang boleh didapati melalui Pengawal Keselamatan Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah dan borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dibawa bersama pada hari peraduan dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas semasa mengambil kertas lukisan di kaunter mengikut katagori peraduan yang disertai.

 

Peserta-peserta yang menyertai peraduan ini hendaklah hadir ke Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah pada Tarikh, Hari dan masa yang dinyatakan di atas dengan membawa bersama alatan-alatan melukis dan mewarna kecuali kertas lukisan yang disediakan oleh pihak penganjur.

 

 

 

 

Sekian dimaklumkan dan terima kasih

 

 

Pegawai Ugama Kanan

Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah

Negara Brunei Daurssalam

 

 

 

     

 

   

 

|| Kembali ||

 

|| Pengenalan || Dewan Sembahyang || Blok Pentadbiran ||

|| Struktur Pentadbiran || Peraturan || Rancangan Takmir ||

|| Album ||Maklumat Terkini ||  Masjid-masjid || Halaman Utama || Buku Pelawat ||

copyright reserved Jame'Asr 2001