Pengenalan

Pentadbiran

Peraturan & Waktu Lawatan

Rancangan Takmir

Album / Diari

Maklumat Terkini

Struktur Bangunan

Buku Pelawat

Halaman Utama

 

Latar Belakang

Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah merupakan salah sebuah masjid yang dikategorikan sebagai Masjid Negara dan juga merupakan masjid yang terbesar di Negara Brunei Darussalam. Terletak kira-kira dua kilometer dari Ibu Negara, Bandar Seri Begawan dengan kawasan yang meliputi dua puluh ekar, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah merupakan waqaf peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Burnei Darussalam.

Masjid ini mula didirikan pada tahun 1988 dan dirasmikan penggunaannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan pada 14hb Julai 1994 dengan upacara menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib dan Isyak berjemaah bersempena dengan Sambutan Hari Puja Usia Baginda yang ke 48 tahun.

Misi

Menjadikan masjid pusat perkembangan ilmu pengetahuan, dan pemikiran ke arah taqwa.

Matlamat

  • ?Membimbing ummah ke arah kemantapan akidah, ketaqwaan dan keilmuan.

  • Meningkatkan fungsi dan perkhidmatan masjid terhadap masyarakat.

  • Mengemaskinikan pentadbiran, pentadbiran, pengurusan dan perancangan masjid.

Peranan

Wawasan Masjid mempunyai peranan untuk melahirkan masyarakat dengan kualiti berikut:

  • Masyarakat Terus Kukuh Beragama.

  • Masyarakat Penyayang Kerana Alllah.

  • Masyarakat Cinta pada Masjid.

  • Masyarakat Ibadat.

  • Masyarakat Bermaklumat Islam

?·••


|| Pengenalan | Pentadbiran | Peraturan & Waktu Lawatan | Rancangan Takmir | Album / Diari | Maklumat Terkini   Struktur Bangunan | Buku Pelawat | Halaman Utama ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||