Pengenalan

Pentadbiran

Peraturan & Waktu Lawatan

Rancangan Takmir

Album / Diari

Maklumat Terkini

Struktur Bangunan

Buku Pelawat

Halaman Utama

 

 

Peraturan

 

  • Pelawat hanya dibenarkan mengambil gambar di luar masjid dan tidak di dalam masjid.

  • Pelawat hendaklah meninggalkan kamera video, kamera, beg dll, di kaunter keselamatan.

  • Pelawat tidak dibenarkan memijak rumput.

  • Pelawat dikehendaki untuk membuka kasut sebelum memasuki masjid.

  • Pelawat adalah dilarang berjalan di atas sejadah.

  • Pelawat hanya dibenarkan untuk berjalan di atas lantai granit.

  • Pelawat hendaklah tidak membuat bising semasa berada di dalam masjid.

  • Pelawat diingatkan supaya tidak lupa mengambil semula barang-barang kepunyaan mereka di kaunter keselamatan sebelum meninggalkan masjid.

Waktu Lawatan 

HARI

WAKTU

TEMPAT TERBUKA

Isnin, Selasa, Rabu dan Sabtu

08:00 - 12:00

14:00 – 15:00

17:00 – 18:00

20:00 – 21:30

Tingkat Atas dan Bawah

Tingkat Atas dan Bawah

Tingkat Atas dan Bawah

Ruang Legar Jame’ ‘Asr Sahaja

Khamis

Tutup

Ruang Legar Jame’ ‘Asr sahaja

Jumaat

16:30 – 18:00

Tingkat Atas dan Bawah

Ahad

10:45 – 12:00

14:00 – 15:00

17:00 – 18:00

20:00 – 21:30

Tingkat Atas dan Bawah

Tingkat Atas dan Bawah

Tingkat Atas dan Bawah

Ruang Legar Jame’ ‘Asr sahaja

 

Pakaian

Masjid adalah merupakan Rumah Allah dan ianya sangat kaya dengan nilai-nilai agama yang memerlukan penghormatan dan perkelakuan yang baik apabila berada di dalamnya. Oleh yang demikian pelawat dinasihatkan untuk memakai pakaian yang bersesuaian sebelum memasuki masjid. Sehubungan itu jubah atau gaun hitam ada disediakan bagi mereka yang tidak memakai pakaian yang formal yang boleh didapati d ibahagian keselamatan.

 

Keselamatan

 

  • Pelawat adalah sangat dihargai untuk bekerjasama dengan kakitangan masjid.

  • Pelawat dinasihatkan untuk tidak meninggalkan barang-barang berharga mereka di kaunter keselamatan seperti duit, barang kemas, dokumen passport, dll.

  • Pelawat yang dalam keadaan kurang sihat tidak dibenarkan untuk menaiki menara

Disiplin Masjid

 

Pegawai keselamatan masjid diberikan kuasa untuk tidak membenarkan atau menahan pelawat untuk masuk jika dia  berkelakuan tidak senonoh.

?·••


|| Pengenalan | Pentadbiran | Peraturan & Waktu Lawatan | Rancangan Takmir | Album / Diari | Maklumat Terkini   Struktur Bangunan | Buku Pelawat | Halaman Utama ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||