
Pengenalan
Pentadbiran
Peraturan
& Waktu Lawatan
Rancangan
Takmir
Album / Diari
Maklumat
Terkini
Struktur
Bangunan
Buku Pelawat
Halaman Utama
|
-
Latar Belakang
Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah merupakan
salah sebuah masjid yang dikategorikan sebagai Masjid Negara dan juga
merupakan masjid yang terbesar di Negara Brunei Darussalam. Terletak
kira-kira dua kilometer dari Ibu Negara, Bandar Seri Begawan dengan
kawasan yang meliputi dua puluh ekar, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah
merupakan waqaf peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan Dan
Yang Di Pertuan Negara Burnei Darussalam.
Masjid
ini mula didirikan pada tahun 1988 dan dirasmikan penggunaannya oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan pada 14hb Julai
1994 dengan upacara menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib dan Isyak
berjemaah bersempena dengan Sambutan Hari Puja Usia Baginda yang ke 48
tahun.
Misi
Menjadikan
masjid pusat perkembangan ilmu pengetahuan, dan pemikiran ke
arah taqwa.
Matlamat
-
?Membimbing
ummah ke arah kemantapan akidah, ketaqwaan dan
keilmuan.
-
Meningkatkan
fungsi dan perkhidmatan masjid terhadap
masyarakat.
-
Mengemaskinikan
pentadbiran, pentadbiran, pengurusan dan
perancangan masjid.
Peranan
Wawasan
Masjid mempunyai peranan untuk melahirkan masyarakat dengan
kualiti berikut:
-
•Masyarakat
Terus Kukuh Beragama.
-
•Masyarakat
Penyayang Kerana Alllah.
-
Masyarakat
Cinta pada Masjid.
-
Masyarakat
Ibadat.
-
Masyarakat
Bermaklumat Islam
|