taman bimbingan islam jame' 'asr hassanil bolkiah

 

Taman Bimbingan ini merupak pertemuan murid-murid dari 10 buah sekolah Ugama di Daerah Brunei & Muara yang duduk dalam Darjah Pra hingga Darjah II. Pertemuan selama sehari suntuk ini di adakan dalam musim cuti penggal persekolahan yang disertai oleh seramai 162orang murid lelaki dan merupakan projek tahunan Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.Antara tujuan utama projek ini diadakan ialah :

 

1  . Sebagai projek penta'miran masjid.

2  . Untuk mendisiplinkan diri di samping membiasakan kanak-kanak dengan masjid.

3  . Untuk menanamkan semangat keimanan yang tinggi dan menghayati Islam di dalam kehidupan seharian.

4  . Untuk menimbulkan rasa cinta kepada masjid dan agama Islam.

5  . Bagi membentuk akhlak yang sihat dan bersih.

6  . Untuk membimbing kanak-kanak ke arah perlaksanaan ibadah yang sempurna.

7  . Menanamkan semangat keseronokan dengan mengikuti aktiviti masjid.

 

Antara aturcara yang mengambil tempat dalam pertemuan ini ialah peraduan mewarna lukisan, peraduan menulis jawi, peraduan azan, bacaan doa pendek. Hadir selaku tetamu kehormat pada akhir majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Yusof bin Haji Ismail, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, di Kementerian Hal Ehwal Ugama yang juga berkesudian menyampaikan Sijil Penghargaan dan hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan.

 

   

 

 

 

|| Kembali ||

 

|| Pengenalan || Dewan Sembahyang || Blok Pentadbiran ||

|| Struktur Pentadbiran || Peraturan || Rancangan Takmir ||

|| Album ||Maklumat Terkini ||  Masjid-masjid || Halaman Utama || Buku Pelawat ||

© copyright reserved Jame'Asr 2001