MAJLIS PELANCARAN LAMAN WE JAME' 'ASR HASSANIL BOLKAIH

 

Pelancaran Laman Web Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah ini adalah disempenakan dengan Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1422 di samping diselajurkan dengan Tahun melawat Brunei 2000. Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Mohd Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam. Beliau antara lain menyarankan kepada mereka yang berkenaan supaya menggunakan Internet dengan bijak. Seterusnya Yang Berhormat Pehin menambah bahawa golongan kanak-kanak dan para remaja hendaklah dipandu dan dibimbing supaya perhatian mereka diarahkan kepada unsur-unsur yang positif yang terdapat dalam internet.Kemajuan teknologi maklumat dan ujudnya laman-laman web dalam internet hendaklah dimanfaatkan sebagai perhubungan manusia sejagat yang mudah lagi cepat yang boleh menyumbang ke arah memperkaya maklumat, meninggikan ilmu pengetahuan dan menambah kemahiran. Internet juga boleh dimanfaatkan sebagai saluran bagi menyebarkan ajaran-ajaran Islam dan mendidik akhlak dan stika demi kebaikan manusia dan mendokong nilai-nilai kemanusiaan sejagat menurut ajaran al Qur'an dan al Sunnah.

 

Menyentuh mengenai pengaruh negatif, menurut Yang Berhormat Pehin bagi menangani pengaruh seumpama itu kebijaksanaan menjadi tanggungjawab semua pihak yang ingin memelihara kepentingan agama, kepentingan nyawa, akal, harta benda dan maruah serta nama baik.

 

Antara lain tu;juan mengujudkan Laman Web bagi Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah ini ialah bagi mendokong usaha kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Y:ang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memajukan perkembangan teknologi maklumat. Ia juga dapat menjadikan masjid sebagai pusat sumber maklumat, memperkenalkan masjid kepada orang ramai terutama dari luar negara dan menyediakan maklumat mengenai agama Islam.

 

   

 

 

 

Kembali

 

|| Pengenalan || Dewan Sembahyang || Blok Pentadbiran ||

|| Struktur Pentadbiran || Peraturan || Rancangan Takmir ||

|| Album || Masjid-masjid || Halaman Utama || Buku Pelawat ||

© copyright reserved Jame'Asr 2001